KERAJAAN SEDANG KAJI PEMBERIAN BONUS RAYA KEPADA PENJAWAT AWAM – PM

Sudah tentu ini khabar gembira buat kakitangan awam. Nampaknya, mereka mungkin akan menikmati bonus raya sekiranya semuanya berjalan lancar. Untuk pengetahuan semua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kerajaan sedang mengkaji permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Nanti kita akan kaji. Masih ada masa lagi,” katanya dipetik dari mStar Online.

ds-najib-perdana-menteri-malaysia

Sebelum ini, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berharap kerajaan akan memberikan bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri kepada 1.4 juta penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini. Jelasnya, pemberian bonus itu dapat mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *