Keropok Lekor Herba Untuk Awet Muda

KUALA TERENGGANU – Yayasan Pembangunan Keluarga (YPU) Terengganu dengan kerjasama Sidratul Corporation Sdn. Bhd., akan mengeluarkan keropok lekor dan keping yang diadun dengan pelbagai tumbuhan herba.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik berkata, langkah tersebut sebagai antara usaha membawa keropok Terengganu menembusi pasaran antarabangsa.

“Keropok tersebut akan terasa tongkat ali, kacip fatimah, manjakani dan lain-lain tumbuhan herba untuk awet muda yang akan diadunkan sebagai salah satu bahan untuk membuat keropok,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, keropok terbabit dijangka dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. – BERNAMA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *