Khasiat Ratu Anai Anai yang sama hebatnya dengan cicak pokke / tokek

 
Tabib Cina turun ilmu

LUMAYAN... Rahim menggali busut untuk mencari ratu anai-anai.


LEDANG: “Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,” kata Abdul Rahim Abu Bakar, 45, menceritakan khasiat ratu anai-anai yang didakwanya boleh merapatkan hubungan suami isteri.

Dia yang menjalankan perniagaan mengawal serangga perosak mendakwa khasiat ratu anai-anai umpama Viagra yang membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang.
Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.

“Seelok-eloknya ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.

“Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah tabib Cina percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.

Dia berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya.
Bagi lelaki, dakwa Abdul Rahim, memakan ratu anai-anai dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin.

Wanita yang memakannya pula dikatakan dapat menambahkan kesuburan seperti fungsi ratu anai-anai itu sendiri yang menghasilkan ribuan telur.

Selain itu, ratu anai-anai dipercayai sangat berkhasiat dalam membantu memulihkan beberapa jenis penyakit, termasuk penyakit buah pinggang, lenguh badan, cepat letih, menerangkan penglihatan dan kencing manis bagi peringkat awal.

Abdul Rahim berkata, disebabkan khasiat dan kesukaran mendapatkannya, seekor ratu anai-anai dijual antara RM1,500 hingga RM2,500 kepada orang tengah dan boleh mencecah RM5,000 di kedai.

“Harga ratu anai-anai bergantung kepada saiz dan warnanya. Yang kecil biasanya berwarna hitam pucat manakala ratu anai-anai besar berwarna kekuningan seperti ulat sagu. Lagi besar, khasiatnya lagi bagus.

Tag : Khasiat ratu anai – anai , ratu anai – anai penguat batin , khasiat anai – anai penguat batin , binatang penguat batin , anai anai penguat batin . Harga Ratu Anai anai mencecah rm5000

 

Carian Google


5 Responses

  1. SYAFIQ TENGKU says:

    awat tak goreng dulu..wat msak lemak ke..baru nikmat makan bersama..hehe

  2. jojo says:

    siapa org tengah untuk beli ratu anai-anai saya..??

  3. jojo says:

    saper nk beli ratu anai-anai saya…???xkesahla org tengah pun huhuhuhuu janji ada pembeli…

  4. Mr Ahmad says:

    Kepada sesiapa yang ingin membeli ratu anai-anai di rumah saya banyak sarang anai2..harga boleh dirunding..call me Ahmad 0136080622..

    Ingin membeli emas sila layari http://tokeydinar.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

\