Kisah Dua Sahabat Di Pulau Kecil Yang Gersang

Sebuah kapal karam akibat dipukul badai yang hebat . Hanya dua orang lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang . Dua orang lelaki yang terselamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan melaikan berdoa . Untuk mengetahui doa siapa yang paling dikabulkan mereka sepakat untuk pergi ke daerah yang berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama , mereka memohon untuk diturunkan makanan . Esok harinya , lelaki pertama melihat sebuah pohon yang penuh dengan buah-buahan tumbuh disisi tempat tinggalnya.Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainya tetap kosong.

Seminggu kemudian , lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan isteri , keesokan harinya ada sebuah kapal karam dan satu-satunya penumpang yang terselamat adalah wanita yang terdampar di sisi pulau tempat lelaki pertama itu tinggal.Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki kedua tetap tidak ada apa-apa.

Segera sahaja lelaki pertama ini memohon rumah, pakaian dan makanan.Kesokan harinya seperti keajaiban ,semua yangg di minta hadir untuknya.Sedangkan lelaki yang kedua tetap sahaja tidak mendapatkan apa-apa.Akhirnya lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat keluar dari pulau itu.

Pada siang harinya mereka menemukan sebuah kapal yang tertambat di sisi pantai.Segera sahaja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan bersedia untuk berlayar meninggalkan pulau itu.Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki kedua yang berada dis sisi lain pulau itu . Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas mendapatkan keajaiban itu kerana doanay tidak pernak di kabulkan.

Apabila kapal siap berangkat , lelaki pertama mendengar suara dari langit ;

“Hai..!!mengapa engkau meninggalkan sahabat mu yang ada di sisi lain pulau ini..??

”Berkat ku hanyalah milik ku sendiri , hanya kerana doaku saja yang dikabulakan,Doa temankuu itu tidak satu pun dikabulkan ,Maka dia tidak pantas mendapatkan apa-apa ” Jawab lelaki pertama..

Tahukah engkau bahawa rakan mu itu hanya memiliki satu doa, dan doanya itu sentiasa dikabulkan.Bilamana doanya tidak di kabulakan maka kau tidak akan mendapat apa-apa.

Lelaki pertama bertanya ”Doa macam apa yang dipanjatkannya sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya..??

DIA BERDOA AGAR SEMUA DOA MU DI KABULKAN…..!!!!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *