KISAH SEDIH DAN KEHIDUPAN PAK CIK GUARD

526947_562667120448904_909493361_n

Masa minum petang tadi kat Mamak Shaaz, Subang Perdana, terjumpa pakcik guard Encik Azman ni. Dia minum kat meja sebelah, dia datang kemudian, masa saya dah habis minum. Walau dia tak kenal saya, dia pandang saya dia senyum. Saya datang tegur dia, mulut beliau tak lekang dari sebut nama Allah. Tutur kata lembut tapi tegas. Murah senyuman.

Pakcik Azman cerita pasal kes tu dari A-Z. Rasanya tak perlu saya cerita semula, sebab semua dah tahu kisahnya yang tersebar di internet. Berpeluang juga saya dengar dari mulut dia sendiri. Pada usia tuanya, beliau masih menyewa rumah di Kg Melayu Subang, terserlah kehidupannya yang susah, tak seperti orang lain seusianya yang memiliki rumah sendiri. Saya support Pakcik Azman..!!

p/s: sesiapa yang nak beri bantuan kepada beliau, atau beri bantuan kewangan untuk bayar lawyer (wanita itu dah bawa kes ke mahkamah, pakcik ni perlu lawyer untuk bela diri), atau mana2 lawyer yang nak bagi bantuan guaman percuma, boleh bank-in dalam akaun yang tertera di bawah.

UPDATE (9:26PM): Alhamdulillah ada seorang hamba Allah yang nak jadi peguam bela secara percuma kepada pakcik ni..!!

UPDATE (11:20PM): Ada dua orang lawyer sudi jadi lawyer pemerhati yang akan duduk dalam mahkamah nanti di kerusi awam.

No akaun Azman bin Md Nayan (akaun milik pakcik guard tu sendiri):
0810041000081976 – Bank simpanan nasional

*ramai kata saya tipu, tuduh saya nak ambil kesempatan atas nasib pakcik ni. saya tegaskan, akaun di atas adalah milik pakcik tu sebenar benarnya, buat apekejadah saya nak tipu.

(Saya risau kalau ramai2 bank in pada akaun pakcik ni, bank akan block kemasukan duit, sebab biasanya jadi camtu pada beberapa orang fakir miskin yang saya pernah bantu sebelum ni, tapi cubalah masuk dulu dalam akaun encik azman seperti tertera di atas)

 

di petik dari FB Syapik Hassan

https://www.facebook.com/syapik.hassan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *