Kenali Saya

Assalamualaikum! Nama saya Muhammad Amirul . Panggil saja saya ni Amirul. Saya bukanlah sesiapa yang istimewa di mata rakyat di Malaysia. Lagipun saya ni masih muda dan banyak perlu dipertingkatkan sama ada hal ekonomi , politik dan sahsiah.

Sehari suntuk jika tidak menekan keyboard laptop/komputer/iphone akan membuatkan saya rasa nak pitam. Apatah lagi jika talian Internet terputus selama sebulan. Itu dapat membuat saya ke wad ICU .

Apabila mendapat laptop / komputer, perkara pertama saya akan membuka Facebook. Saya rasa sangat sepi berada di rumah jika tanpa Facebook. Ia seperti saya dikelilingi beratus – ratus kawan. Selepas itu saya akan log in wordpress iaitu dashboard blog saya. Itu sudah menjadi rutin saya.

– www.froyoplus.com ( owner )
– www.sukanmalaya.my (admin)
– www.bukulirik.com (owner) akan datang

– Penerbit ebook “Misteri dan Keajaiban Alam

Untuk makluman semua , isi – isi di dalam blog ini bukanlah sepenuhnya hasil tulisan saya tetapi diambil dari blog , facebook dan forum. Tulisan yang saya tulis hanyalah di dalam kategori “Personal”. Semua post di blog ini bukan semuanya 100% betul dan ada kepincangan fakta dan sebagai pembaca kita perlulah berfikir dan tidak percaya bulat – bulat.

Bak kata Dr Mahathir “Melayu itu mudah lupa”, tetapi dengan sejarah kita dapat mengambil iktibar dengan tidak mengulangi kesilapan silam orang terdahulu.