(Kontroversi) Eden Hazard Tendang Budak Pengutip Bola

Pemain tengah Chelsea, Eden Hazard akan berdepan siasatan polis selepas beliau dibuang padang kerana menendang budak pemungut bola pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga bertemu Swansea City di Stadium Liberty, awal pagi tadi.

Perlawanan berkenaan berkesudahan seri 0-0namun Swansea layak ke final dengan kemenangan agregat 2-0. Hazard yang berang dengan budak pemungut bola berkenaan kerana dikatakan gagal memberikan semula bola yang terkeluar padang.

eden hazard chelsea

Hazard tiba-tiba menendang di bahagian rusuk budak lelaki berkenaan yang cuba mengambil bola yang menggolek di celah kaki Hazard.

Perlawanan tertangguh beberapa minit sebelum pengadil perlawanan, Chris Foy terus melayangkan kad merah kepada bintang dari Belgium itu.

“Polis South Wales maklum dengan kejadian yang membabitkan budak lelaki pemungut bola di Stadium Liberty itu malam tadi,” kata Ketua Superintenden Josh Jones.

“Kami sedang mengaturkan masa untuk menemui beliau (Hazard). Polis South Wales menganggap perkara ini serius,” katanya.

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez memberitahu bahawa Hazard sudah meminta maaf kepada budak berkenaan tetapi mengkritik budak lelaki berkenaan kerana gagal memberikannya semula bola dalam masa segera. – AFP

Video Hazrd Tendang dan Dilayangkan Kad Merah


1 Response

  1. Blog Asyraf says:

    Hazard terbaekkk. Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *