Kuala Lumpur catat kemenangan pertama

921410_280_previewKuala Lumpur mencatatkan kemenangan pertama, selepas menamatkan Liga Super tahun lepas tanpa kemenangan, apabila menewaskan Sabah 3-2 pada petang Jumaat.

Jaringan gol oleh Khairul Anuar dan dua gol oleh Badrul Hisyam telah mendapatkan tiga mata pertama untuk Kuala Lumpur dalam Liga Perdana musim ini.

Sabah mendahului perlawanan pada minit ke-4 hasil jaringan Rosdin Wasli kemudian Kahirul menyamakan kedudukan pada minit ke-37. Badrul menyumbat gol kedua untuk Kuala Lumpur pada minit ke-62 tetapi Sabah berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi lapan minit kemudian sumbangan Alto Linus.

Walaubagaimanpun kemenangan berpihak kepada Kuala Lumpur apabila penjaring gol kedua, Badrul Hisyam menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80.

Kemenangan itu sekaligus menamatkan kemarau tiga mata Kuala Lumpur sejak musim lepas.

Sementara itu Sime Darby juga berjaya menewaskan KL SPA 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Arid Ismail membukan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-51 dan Fazrul Hazli menyumbat gol kedua lapan minit selepas itu.

KL SPA hanya berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke-80 hasil jaringan Farizal.

Dalam perlawanan lain, PDRM mengekalkan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan apabila berjaya menumpaskan UiTM FC 2-0.

PDRM kini telah menjaringakan 13 gol dan masih belum bolos.

NS Betaria pula terikat seri 1-1 dengan Perlis.
Keputusan Liga Perdana:

Kuala Lumpur 3-2 Sabah

Sime Darby 2-1 KL SPA

UiTM FC 0-2 PDRM

Betaria 1-1 Perlis

Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *