Laknatullah! Filem Yang Menghina Islam dan Rasulullah

KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul Innocence of Muslims.

Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi.

Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya.

”Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni.

Presiden Mesir, Mohammed Morsi, mengutuk serangan di konsulat Amerika Syarikat di Libya yang membunuh duta Amerika dan berjanji akan melindungi kedutaan asing di Kaherah, yang menyaksikan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di misi Amerika.

Pada masa sama, Morsi juga lantang mengecam penghasilan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad yang mula mendapat perhatian di Mesir selepas sedutan filem itu dialih bahasa ke bahasa Arab dan disiarkan di laman YouTube.

Timbulkan kemarahan

Filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat bertajuk Innoncence of Muslims itu menimbulkan kemarahan umat Islam dan menyebabkan misi Amerika diserang di tiga negara Arab iaitu Yaman, Mesir dan Libya.

Bercakap ketika melawat Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Morsi berkata beliau bercakap dengan Presiden Barack Obama dan mengutuk serangan Selasa lalu ke atas konsulat Amerika di Benghazi yang menyebabkan duta dan tiga lagi warga Amerika terbunuh.

“Kami juga mengecam keras semua yang memulakan provokasi itu dan mereka yang mendalangi kebencian itu. Pada masa sama kami berasa ia tidak mewajarkan serangan ke atas kedutaan atau konsulat.

Laknatullah! Filem Yang Menghina Islam Dan Rasulullah |Sumber : Beritaharian dan Harakah | Ketahui berita dan apa yang berlaku di ruangan Isu Semasa.|


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *