Liverpool tersingkir dari Europa walaupun menang

Liverpool FC v FC Zenit St Petersburg - UEFA Europa League Round of 32

Kesilapan Jamie Carragher menyebabkan Liverpool tersingkir dari Liga Europa walaupun menang Zenit St Petersburg 3-1.

Carragher membuat penampilan ke 150 untuk Liverpool dan yang terakhir di Eropah, tetapi telah menghadiahkan penyerang Zenit, Hulk, gol pembukaan perlawanan kedua itu.

Liverpool balas dengan dua gol hasil tendangan percuma Luis Suarez sebelum Joe Allen menyepak masuk gol ketiga tetapi jaringan Hulk yang merupakan gol di padang lawan memberi Zenit kelebihan agregat.

Pasukan tuan rumah memulakan perlawanan dengan pendekatan positif, Suarez sekali lagi menanggung tanggungjawab sebagai penyerang utama akibat ketiadaan Daniel Sturridge yang tidak layak bermain.

Suarez mula mengancam hasil hantaran jauh Jose Enrique tetapi penyerang Uruguay itu gagal mengawal bola.

Jordan Henderson merampas bola di sayap kiri tetapi rembatannya dari jarak jauh diselamatkan oleh Vyacheslav Malafeez dengan baik sebelum tendangan percuma Steven Gerrard dipesong keluar.

Zenit, yang telah mencatatkan kelebihan 2-0 dalam perlawanan pertama, balas dengan larian Danny yang dihalang Carragher dengan baik.

Pemain pertahanan yang berusia 35 tahun itu kemudian hilang kawalan bola dan Hulk merampasnya dengan senang.

Penyerang Brazil yang bernilai £32 juta itu kemudian memecut lepas benteng pertahanan Liverpool sebelum menyepak masuk gol pembukaan.

Liverpool mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan apabila Daniel Agger dikasari oleh Nicolas Lombaerts di luar kotak penalti.

Zenit cuba melengahkan perlawanan dan pengadil Bjorn Kuipers melayangkan kad kuning kepada Igor Denisov sebelum Suarez menyamakan kedudukan dengan sepakan cantik.

Gerrard menang satu lagi tendangan percuma tetapi Aleksandr Anyukov menanduk percubaannya keluar tetapi Liverpool akhirnya mendapat gol kedua hasil usaha Allen.

Enrique mencipta ruang di sayap kiri dengan Henderson sebelum memberi hantaran tepat untuk Allen. Walaupun tandukan pemain midfield itu dipesong Malafeev, Allen berjaya menyepak masuk percubaan kedua dengan senang.

Hulk dan Danny sering mengancam dan hampir-hampir menambah kepada jaringan tetapi kedudukan seri 1-1 hingga masa rehat.

Liverpool mula menguasai babak kedua dan menang satu lagi tendangan penalti yang disepak masuk oleh Suarez untuk membuat keputusan 3-1.

Hulk bertindak dengan tendangan percuma yang tersasar sebelum Suarez membuat percubaan dari tendangan percuma lagi yang dipesong keluar oleh Malafeev dan keputusan kekal hingga wisel penamat.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *