Logo Barisan Nasional dan UMNO ada kaitan dengan Freemason dan Illuminati?

Saya telah post lama dah tulisan ini di dalam ruangan komentar di blog Hikmatun. Tetapi nampaknya ada lagi pihak yang suka mengaitkan logo-logo Illuminati dengan Parti Keadilan. Maka mari saya bongkarkan sedikit bahawa bukan logo PKR saja yang ada kaitan, malah juga logo Barisan Nasional dan UMNO.

Bendera PKR?? Mungkin ada kaitan, dan mungkin tidak. Mesti dikaji balik siapa yang suruh buat bendera tersebut.

Lagi pun bukti masih kurang walaupun bendera PKR terang-terang seperti logo Illuminati, seperti gambar di bawah.

Lagi pun bagi saya, sesama Islam agar berhati-hati sebelum menuduh saudara kita sendiri, apatah lagi suatu perkara yang masih belum ada BUKTI-BUKTI yang kukuh.
Jika sekadar persamaan logo Illuminati, mari saya bongkarkan rahsia logo DACING / ALAT PENIMBANG dalam Barisan Nasional / BN
Sebenarnya logo dacing yang dipakai itu juga dipakai oleh Freemason. Dan jika anda perhatikan betul-betul, dua dacing itu berbentuk seperti dua PIRAMID yang dilihat dari pandangan PERSPEKTIF.  Dan di atas sekali ada sebuah bulatan, yang jika mahu dikiaskan boleh saja dikatakan MATA SATU.
Perhatikan gambar piramid di atas, bentuk perspektif seperti ini lah yang ada di dalam logo BN, jika anda letakkan dua buah piramid di dalamnya.
Dalam Black Masonry, simbol dacing itu digunakan oleh Grand Inspector Inquisitor commander.
Dalam Mesir kuno, ‘pair of scales’ atau ‘DACING’ digunakan sebagai LAMBANG keseimbangan yang sempurna terhadap keadilan perkara-perkara ketuhanan. Dan banyak lagi yang anda semua boleh mengKAJInya …….
Manakala lambang Negara Malaysia / Jata negara juga dipengaruhi oleh British / Illuminati / Keluarga Merovingian. Sampai ke hari ini kita masih guna, sampai tak cuba nak buat lambang baru yang tak ada lukis gambar BINATANG ke apa.
Jata Negara @ Coat of Arms Malaysia
Yang atas sekali tu dikatakan sahaja bintang, tetapi bukan bintang tu, tetapi sebenarnya matahari.
Coat of Arms British
Ianya seperti simbol yang mereka gunakan iaitu Coat of Arms. Dua ekor binatang mesti ada di tepi kiri kanan dan perisai Daud di tengah. Untuk lebih banyak lagi tentang Coat of Arms , sila baca di  Di antara pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – bahagian 2.
Dan tidak ketinggalan juga dengan logo UMNO, tengok je lah di bawah ni kaitan-kaitannya.
Besarnya MATAHARI di tengah-tengah tu

Logo UMNO dan logo Vatican City

Logo kumpulan Skull and Bones yang pernah disertai oleh bekas Presiden George W. Bush
Tulang bersilang itu memberi maksud ANTI-CHRIST, dimana boleh dilihat dalam logo UMNO juga ada keris bersilang.
Anti Christ menjadi Anti Keris

Dengan warna MERAH nya, KUNING nya …….  Gambar di bawah ini lagi JELAS dan NYATA bahawa logo UMNO banyak pengaruh Illuminati.

logo UMNO Illuminati
Foto kredit: ruangbicarapriamalaya.blogspot.com
Tidak ketinggalan dengan parti-parti komponen BN yang lain

Logo MCA = Matahari
Logo MIC = Seakan Shield of David
Logo PPP = Bintang Pentagram baru

Saya sudah lama juga memerhati tentang perkara ini, tetapi belum cukup BUKTI untuk membuat RUMUSAN.

Walaubagaimana pun saya masih TIDAK MENUDUH sesiapa berkenaan soal ini. Kerana yang PASTI , kita semua umat ISLAM dipermain-main dan dilaga-lagakan oleh Illuminati (British dan kuncu-kuncunya) agar bertelagah dan tuduh menuduh sesama sendiri.
Semoga kita dapat celik, kembali kepada ISLAM yang sebenar dengan menggunakan ALQURAN dan HADITH sebagai sumber HUKUM UTAMA, dan kenali siapa MUSUH Islam yang sebenar yang sedang melaga-laga kan kita
Sumber dari : KonspirasiMuda

1 Response

  1. KICAP says:

    YANG PASAL LAMBANG UMNO KE BN KE PKR KE AK XNK AMBIK KISAH TPI AK NK AMBIK KISAH PASAL LAMBANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA TU…KNAPE DY NK TDUH SME JGAK…BGGA KE HINA NEGARA SENDIRI????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *