Lombong Okutama Yang Menyeramkan

Lombong yang menyeramkan ini terletak di sebuah bandar Okutama dalam daerah Nishitama, Tokyo.Dibiarkan terbengkalai  adalah kerana kejadian banjir bawah tanah yang berlaku tak lama dahulu.

Pekan Okutama mempunyai kurang dari 7000 penduduk dan ia mempunyai banyak tempat yang menarik, tetapi salah satu yang paling menarik, dan yang paling berbahaya adalah lombong yang terbengkalai ini.

Apabila anda memasuki lombong terbiar ini anda akan melihat kebanyakan peralatan ini berkarat akibat banjir. Semuanya dilitupi dengan debu2 dan tanah dan ia kelihatan agak menakutkan.

Tidak diketahui berapa lama lombong ini telah ditinggalkan.Beberapa kawasan lombong ini dibanjiri dan banjir telah membentuk beberapa jenis tasik kecil di bawah tanah, tetapi tasik ini bukanlah sesuatu yang menarik untuk lombong ini.

Lombong ini juga mempunyai air terjun yang kini masih aktif dan walaupun ia  kelihatan mengagumkan,namun ia sangat berbahaya.

 

 

 Kodet : Boleh dijadikan tempat persembunyian ni… hehe


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *