MATA DUITAN Sanggup Lelong Artifak Peninggalan Sejarah Di eBay

peninggalan sejarah

 

Artifak dan barang peninggalan sejarah dari Johor, Melaka dan Perak dikesan dijual oleh pihak tertentu dengan harga tinggi di laman jual beli atas talian, eBay.

Kebanyakan artifak berkenaan dipercayai tinggalan pemerintahan Johor Lama.

Kebanyakan pihak yang menjualnya mendakwa pengumpul barang antik persendirian dari Singapura.

Akhbar The Star yang menjalankan pemeriksaan melaporkan, barangan antik warisan negara termasuk dari Perak dan Melaka juga didapati dijual secara pasaran gelap di eBay.

Antaranya duit lama berbentuk binatang dari abad ke 18 seperti buaya, kura-kura, ayam jantan, ikan, katak, ketam dan lain-lain.

Harga ditawarkan juga cukup tinggi bermula daripada USD59.90 (RM190.36) dan USD1374.99 (RM4,369.72), bergantung pada usia dan keadaan barangan antik tersebut.

Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), Muhammad Fuad Radzuan berkata kepada The Star, walaupun barangan antik mempunyai harga tinggi di pasaran gelap, ia sebenarnya khazanah negara yang tidak ternilai harganya.

Justeru ia sepatutnya diserah kepada pihak bertanggung jawab untuk memastikan ia terus dipulihara sebagai warisan negara. – REM RAMZI

Sumber: The Star

Fullscreen capture 12122013 20250 PM

Fullscreen capture 12122013 20415 PM

PS : Bangsat punya orang, bagi lah kt muzium tak payah nak lelong dekat eBay.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *