Mayat Bayi Perempuan Dibuang Di Tepi Lubang Jamban…Kejam!

Mayat Bayi Perempuan Dibuang Di Tepi Lubang Jamban…Kejam! Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang makin tiada perasaan sanggup buang bayi di jamban.

Mayat bayi di tepi lubang jamban

bayi jamban

KANGAR – Jemaah di Masjid Alwi di sini gempar selepas salah seorang daripada mereka menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Harian Metro difahamkan jemaah lelaki berkenaan baru selesai mengerjakan solat subuh berjemaah di situ dan pergi ke tandas berkenaan sebelum ternampak mayat bayi tersebut diletakkan bersebelahan lubang tandas di situ.

Dia kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan masjid yang selepas itu memeriksa keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa ketika ditemui.

Mereka kemudian memaklumkannya kepada pihak polis sebelum polis daripada bahagian forensik memeriksa lokasi kejadian termasuk bayi berkenaan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *