Menantikan skuad Malaysia bertemu Taiwan untuk Kelayakan Piala Dunia 2011

Sebagai peminat tegar pasukan bola sepak negara , aku sangat menantikan aksi – aksi dari pasukan Malaysia senior . Apa yang aku nampak skuad Malaysia u23 masih mencari rentak permainan .

Skuad senior negara adalah yang terbaik kerana mereka sudah mempunyai pengalaman yang banyak . Banyak pemain negara yang hebat – hebat berada di skuad kebangsaan .

Paling aku minat , Baddrol Bakhtiar . Dia jarang nak lakukan kesilapan macam pemain lain. Baru – baru ni dia beraksi dalam perlawanan Malaysia bertemu Myanmar pada 18 June . Fuh , memang cantik la cara dia main . Walaupun tanpa striker negara iaitu Norshahrul dan Safee Sali tapi Malaysia tetap mampu menang dengan jaringan Amirulhadi dan Baddrol .

Kalau Malaysia dapat menang dengan Taiwan nanti , Malaysia akan bertemu Singapura . Tapi rasanya Malaysia mampu menang dengan Taiwan kerana ranking Fifa Malaysia lebih hebat dari Taiwan . Harap – harap Malaysia menang la . Kalau boleh try masuk world cup (ahahaha)


3 Responses

  1. titan says:

    skuad bawah 23 tu..aku cuma kenal muslim, irfan dengan apek aje. Yang lain, namanya aku tak berapa ingat lagi. hehe..

  2. ahmad tarmizi says:

    berapa kah tiket perlawanan kelayakan piala dunia vs taiwan
    BOLEHKAH LANJUKAN WAKTU,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *