Mencari Wanita Terbaik Dengan Menggunakan Matematik Oleh Al Khawarizmi

al-khawarizmi

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Namun apa yang menarik, pakar matematik Islam ini ada mengaitkan angka dan juga bagaimana untuk mencari wanita terbaik.

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Beliau menjawab,

Jika wanita solehah & beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang “1” tiada..
maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok “0”

Ingatlah, mencari wanita terbaik untuk dijadikan isteri bukanlah soal kisah malam pertama sahaja. Namun ia merupakan kisah untuk melahirkan zuriat yang baik dan isteri yang solehah. Apa erti cinta jika bahagia tiada. Apa erti sayang andai hidup melayang-layang. Apa erti berkasih andai diri sering disisih.

Akhir sekali, renung-renungkanlah kata-kata hikmah ini.