Mengapa Kita Perlu Mengikut Budaya Barat?

Bayview, Langkawi. 30 Nov - 3 Dec 2011

Saya memang tak puas hati kalau dekat hotel ni. Asyik makan pakai sudu garfu. Nak makan nasik pun menyusahkan. Contoh makanan yang bertulang , agak susah la nak ambik isi dari tulang tu .

Jadi mengapa kita perlu ikut budaya barat ini di Hotel? Sedangkan makan menggunakan tangan adalah sunnah nabi. Kalau makan dekat hotel guna tangan mesti orang akan kata dia ni orang kampung ke makan guna tangan dekat hotel.

Jadi aku nak kongsi satu cerita yang buatkan aku tak malu untuk makan menggunakan tangan dekat hotel masa aku di Langkawi.

Disebuah restoran mahal..
Seorang gadis bertudung makan seorang diri…tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..
… … ✿ Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :”gadis kampung mana pulak datang restoran mahal cmne pastu makan guna tangan pulak tu…ne mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan..”

✿ Seorang anak muda pulak menyampuk:”ish…muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan….”

✿ Seorang lagi berkata :”eww..tengok tu…sampai menjilat jari dowh..geli aku…pengotor rupanya awek ne…”..
Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu…
Lelaki tu berkata:✔Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.✔Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu✔Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor”

Makan guna sudu dan garfu , bukan cara saya kecualilah anda ni memang suka makan guna sudu garfu. Kalau nak makan mee , roti tu boleh la tapi kalau nasik nampak macam tak sesuai.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *