Messi keliru dibandingkan dengan Jordan, Ali

923018_33_previewPemain bintang Barcelona, Lionel Messi mengakui bahawa beliau keliru apabila dibandingkan bersama lagenda sukan seperti Michael Jordan dan Muhammad Ali.

Setelah meraih anugerah Ballon d’Or ke empat berturut-turut, pemain antarabangsa Argentina itu telah merendahkan diri dalam temuramah baru-baru ini di mana beliau mendedahkan bahawa beliau tidak menjangkakan anugerah itu sekali lagi.

“Saya kurang pasti jika saya akan menang kali ini,” beliau memberitahu El Periodico de Catalunya.

“Saya amat terkejut apabila nama dipanggil.”

Ia merupakan kenyataan yang sukar untuk diterima memandangkan Messi digelarkan sebagai pilihan kegemaran untuk meraih anugerah FIFA itu sekali lagi setelah memecahkan rekod Gerd Muller untuk merangkul jaringan gol terbanyak dalam setahun pada 2012.

Kecemerlangan Messi pada tahun lalu dan kejayaan yang diraihkan bersama Barcelona telah menjadikan diri beliau sebagai salah satu contoh terbaik dalam sukan bersama Jordan dan Ali.

“Saya keliru kerana dibandingkan bersama atlet sukan seperti Michael Jordan, Usain Bolt atau Muhammad Ali,” beliau berakta.

“Saya telah melakukan tugas saya dan apabila kerjaya saya tamat nanti, baru kami dapat menilai tahap kejayaan saya.”

Beliau menambahkan: “Saya merupakan pengkritik diri. Saya tahu apabila saya sedang melakukan tugas dengan baik ataupun lemah.

Messi sedang membantu Barcelona untuk meraih kejohanan La Liga selaku pasukan Catalans itu mengekalkan jarak lapan mata di atas Atletico Madrid yang sedang berada di tempat kedua setelah 20 pusingan setakat ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *