Milan ingin Balotelli, jika murah

907647_33_previewNaib presiden AC Milan Adriano Galliani telah mengesahkan yang kelab beliau ingin menandatangani Mario Balotelli.

Walaubagaimanapun Milan enggan setuju dengan harga yang diminta Manchester City untuk penyerang mereka Mario Balotelli yaitu 37 juta euros.

Penyerang yang berusia 22 tahun itu gagal mencapai tahap prestasi yang diingini dan telah menghadapi beberapa masalah di luar padang semasa di England yang telah mencetuskan spekulasi tentang masa depannya.

Galliani telah berkata kepada Gazzetta dello Sport: “Pada hari Jumaar, Manchester City masih minta 37 juta euro. Kami akan lihat lagi pada hari Isnin.

“Jika ia tidak berubah, beliau akan kekal di Manchester City.”

Pasukan Rossoneri itu juga masih berunding untuk pemain midfield Real Madrid, Kaka, tetapi Galliani menyatakan bahawa semua pihak “perlu berusaha sedaya upaya” untuk mencapai persetujuan.

“Semua mesti berusaha sedaya upaya – AC Milan, Real Madrid dan Kaka,” katanya.

“Ia bergantung kepada pengorbanan kewangan pemain itu.

“Saya mempunyai hari baik dan buruk. Pada masa ini ia tidak begitu baik kerana saya lihat kadar cukai. Di Itali, tiada pemain dapat menerima gaji lebih 5 juta euro selepas cukai.”  Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *