Misteri Kota Tersembunyi Di Hutan Johor.

862169_464285613625465_1378107354_n

Ketika bertugas di Tanah Melayu sekitar 1930-an, seorang pengembara dan amatur dalam bidang arkeologi British, Gerald Brosseau Gardner, telah menjumpai beratus-ratus manik dan beberapa tinggalan di sebuah kota yang tersembunyi di dalam hutan di Johor. Apabila diteliti, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati usia manik-manik itu sekitar 700 Sebelum Masehi iaitu bermula dari era Hittite, Phoenicia dan Empayar Rom! Ada juga manik-manik yang diperbuat dari kaca yang hanya terdapat di sekitar Cyprus sekitar 1100 hingga 300 Sebelum Masehi!

Ini telah merubah pandangan Gardner terhadap penduduk di Tanah Melayu secara peribadi dan setelah diperkenalkan oleh rakan Amerikanya kepada sebilah keris, Gardner telah merasakan sesuatu yang aneh dan mula menghidu satu tamadun purba yang hilang, seperti yang diyakini oleh para pengamal kultus-kultus rahsia Eropah. Gardner kemudiannya mula berminat dengan sihir dan amalan mistik orang-orang Melayu.

Hari ini G.B Gardner lebih dikenali di Eropah sebagai ‘Father of Wicca’ iaitu satu kultus sihir Neo-Pagan yang popular di Barat.

Apakah yang dijumpai oleh Gardner semasa bertugas di Johor? Selain dari apa yang beliau terbitkan dalam Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Society pada tahun 1933, terdapat beberapa makalah lain yang kita tidak ketahui, menceritakan masa silam orang-orang Melayu berhubung dengan bangsa-bangsa purba yang telah pupus seperti Hittite (diyakini era Nabi Ibrahim a.s), Phoenicia (orang Kanaan) dan Mesir Purba………..

Siapakah MELAYU sebenarnya? Bangsa mundur dan dhaif?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *