Misteri Lelaki Bercaya di Masjid Nabawi

Misteri Lelaki Bercahaya di dalam Masjid Nabawi – Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud; “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wudhuk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.” (H.R Bukhari & Muslim.)

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَدْخُلَنَّ مِنْ أُمَّتِي سَبْعُونَ أَلْفًا أَوْ سَبْعُ مِائَةِ أَلْفٍ لَا يَدْخُلُ أَوَّلُهُمْ حَتَّى يَدْخُلَ آخِرُهُمْ وُجُوهُهُمْ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْر

Dari Sahl bin Saad RA bahawa Nabi SAW bersabda ; 70,000 atau 700,000 umatku syurga bersama-sama. Yang pertama dan yang terakhir akan masuk pada waktu yang sama dan wajah-wajah mereka bercahaya laksana bulan purnama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)* Kelihatan sesusuk tubuh yang seolah bercahaya berjaya dirakam oleh kamera dan video di dalam Masjid Nabawi. Wallahhualam..

Jika benar, Subhanallah,sesungguhnya kekuasaan Allah itu tiada tandingan.Jika pantulan matahari, Subhanallah cantik sungguh sampaikan saudara itu kelihatan sangat menyerlah, semuanya atas kebesaran Allah…Jika video ini diedit,rasanya mungkin yang berkenaan ingin menunjukkan kebolehannya mengedit video. Itupun kebesaran Allah kerana memberikan akal & kebolehan kepada setiap hambanya…Allahua’lam.

Gambar :

lelaki bercahaya masjid nabawi

lelaki bercaya masjid nabawi 2

Video Lelaki Bercahaya Masjid Nabawi

sumber : blogammar


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *