Misteri Naga Tasik Chini | Adakah ia benar – benar wujud ?

 

Assalamualaikum . Pada suatu pagi , aku mendengar radio Sinar FM ketika perjalanan menuju ke sekolah . Aku terdengar slogan “Dari Jawa ke Tasik Chini , minggir – minggir wak datang ni ” oleh Abang Jem . Aku bertanya kepada mak aku tentang kisah Tasik Chini . Sebelum ni langsung aku tak tahu pasal kisah / lagenda / mitos Tasik Chini nih . Mak aku kata dalam tasik Tasik Chini ni ada seekor naga . Apa yang mustahil jika tasik ini adalah tasik kedua terbesar di Malaysia . Jadi sesuailah untuk naga tinggal di situ .

Yang dah tengok Magika , mesti korang perasan masa cerita tu nak habis kan ? Mawi dan Diana kena lintas jambatan di Tasik Chini dan diorang perlu lari dari naga Tasik Chini tu untuk sampai ke sebarang iaitu Batu Belah Batu Bertangkup . Bagi aku cerita Magika ni best sebab memaparkan watak / kisah lagenda Melayu supaya tidak dilupakan begitu saja .

Lepas aku search Google , macam – macam yang keluar , ini adalah satu dari cerita mengenai Tasik Chini .

 

Suatu ketika dahulu, menurut kepercayaan tempatan, sekumpulan Orang Asli suku Jakun meneroka sebuah kawasan berhutan tebal. Ketika sedang asyik memugar tanah, mereka didatangi oleh seorang perempuan tua yang bertongkat. Perempuan tua itu mengaku bahawa kawasan itu adalah miliknya dan memarahi kumpulan Orang Asli itu kerana tidak meminta kebenaran daripadanya terlebih dahulu.

 

Setelah Batin meminta maaf, perempuan tua itu membenarkan mereka meneruskan kerja mereka. Tanpa lengah, perempuan tua yang ganjil itu mencacakkan tongkatnya di tengah-tengah kawasan yang telah dibersihkan dan sebelum menghilangkan diri, dia memberi amaran supaya mereka tidak mencabutnya. Ketika sedang gigih membersihkan kawasan, Orang Asli tersebut diganggu dengan salakan anjing di pinggir kawasan itu. Salah seorang daripada mereka pergi menyiasat punca anjing itu berkelakuan ganjil dan mendapati sebatang kayu besar hitam yang disalak. Dia kemudian membalingkan tugalnya ke arah kayu dan apabila mengenainya, dia terkejut kerana darah memancut keluar.

 

Dengan panik dan ketakutan, dipanggilnya kawan-kawan, dan kerana takut jugalah, mereka semua melemparkan tugal ke arah darah yang semakin banyak memancut keluar. Seketika itu juga, awan mendung dan hitam memenuhi ruang angkasa, dituruti guruh dan kilat sabung-menyabung. Hujan lebat mula menyimbah bumi. Kedatangan ribut menyebabkan suasana menjadi kelam kabut kerana masing-masing ingin mendapatkan perlindungan dan menyelamatkan diri. Dalam situasi itu, salah seorang daripada mereka mencabut kayu yang dicacakkan oleh nenek tua dan dengan serta-merta air memancut keluar dari lubang tersebut.

 

Bumi mula bergegar dan semakin terbenam. Kawasan yang dibersihkan tadi digenangi air dan menjadi tasik yang kini dikenali sebagai Tasik Chini. Mengikut dongeng orang tempatan, batang kayu tersebut adalah jelmaan seekor naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum.

 

Ada juga blog yang aku jumpa melalui pengalaman sendiri sebab rumah di berdekatan dengan Tasik Chini dan kisahnya seolah – olah boleh dipercayai . Tengah – tengah duk search , aku jumpa berita dari kosmo tentang Tasik Chini yang menemu ramah orang asli yang tinggal berdekatan dengan Tasik Chini .

 

Pengalaman sendiri – Dunia Sahazli

Kosmo – Misteri Tasik Chini

 

Jadi adakah naga di tasik Chini ini benar – benar wujud ? Bagi pendapat akulah , kalau benda tu tak ada , kenapa orang selalu sebut? . Lagipun kawan kepada bapa GadisTerbilang pun pernah jumpa naga kat tasik chini tu lepas tu demam 3 hari . Melalui hasil kajian aku , 75% naga di Tasik Chini wujud bagi pendapat aku . Fuh , teringin pulak rasa nak pi Tasik Chini . Kot2 la boleh jumpa naga & ambil gambar , popular aku . Haha , tak mungkin sebab dalam hasil carian Google , orang yang jumpa naga tu mesti ditimpa malang atau sebaliknya .

Setelah lama aku search , dapat juga jumpa yang aku rasa paling betul la antara banyak – banyak iaitu dari Pak Su iaitu orang yang dah lama tinggal kat Tasik Chini dia . Ikut kisah Pak Su di sini .


35 Responses

  1. Dawa says:

    ada org cakap Naga Tasik Cini boleh berubah bentuk jd manusia. Last skali yg diorang kesan, naga ni jadi M. Nasir…

  2. Kodet says:

    @Dawa : Patut la panjang janggut dia , warna putih lagi..

  3. conbellydiobeterisme says:

    aku rasa cam cite magika ,terpengaruh kowt ,naga tanye nak "kemana kamu bertiga".Kalau ade la naga jadi havoc satu malaysia haha

  4. ohcikgu says:

    emm..biar betul..

  5. asfz lily says:

    naga?? wow~

  6. Kodet says:

    @Conbelly , mmg dlu penah havoc satu Malaysia , tapi sebab tak ada bukti kukuh mcm gmbr …tp hanya melalui lisan

  7. Kodet says:

    @ohcikgu : betul la!

  8. Kodet says:

    @asfz : nk tahu lebih lanjut baca la cerita yg dlm link tu

  9. Mr Laici says:

    uhhh.. biar betik.. ingat just cite mainan masa kecik2 dulu.. ><

  10. ferra ferro says:

    wahhh , cerita yang tak pernah ferra dngar lagi . nice info ! =)

  11. xazryx says:

    aku rase naga tasik chini mmg wujud la .hmm .

  12. faiz says:

    wallahualam…takde bukti gambar..susah nak percaya..

  13. Ampuan Awang says:

    Salam,

    Maha Suci Allah Yang Lebih Tahu Akan Sesuatu, Dan Kepada Dialah aku serahkan segala persoalan itu.

    Kisah epik naga Chini punya logika dan simbolik dengan negeri Pahang. Tentang naganya, ternyata ada cerita yang masih tak dapat mampu dihuraikan. Mungkin kerana rahsia agaknya.

    Apa pun wujud atau tidak, kaitannya dengan warna bendera pahang (hitam dan putih) cukup besar dan bermakna. Itu sahaja…

    Wassalam

  14. Kodet says:

    @Ampuan Awang apa mksud hitam dan putih tu?

  15. Haz says:

    Great info,kodet.
    bnyk jgk cerita tntg naga ni..

  16. Tupai Karan says:

    kodet, cuba hg search google pasal Loch Ness, ni pun cam adik bradik Naga Tasik Chini jugak.. antara mitos/misteri

  17. Kodet says:

    @Tupai Karan , erk ? Approved komen aku dulu la kt blog tupai ye .. Loch Ness tu bukan ada dalam Kiteretsu ngan Doraemon ke ? Terbukti itu kapal kiteretsu … hak2

  18. Hannan Al-Qudsey says:

    kalau betul la ada naga kat tasik ni sure tak de sorang pun manusia yang tinggal kat sana.. ye tak.. huhu

  19. Kodet says:

    @Hannan : Naga tu dia tinggal dlm tasik tu je tak pernah buat kacau kat darat . Lagipun dah ramai orang pernah nampak …

  20. syuwai says:

    mksdnya naga tu takkan ngacau org kalau org tak kacau dorang kan..

  21. Belalang Hijau says:

    suka dgn kisah2 begini…

    ada yang mengatakan naga yang dimaksudkan itu sebenarnya ular yang sangat besar…mungkin ye mungkin tidak…

    hanya naga tu tau sape diri dia yang sebenarnya…huuhuhu

  22. Kodet says:

    @Syuwai : Yep , kalau kita tak kacau dia tk kacau kita kot..

  23. Kodet says:

    @Belalang : Belalang try la terbang ke Tasik Chini tanya dia ular ke naga

  24. rayne rawt rawt says:

    oohh.. naga tu ade singgah kat paya blakang umah aku.. mari la tengok.. wakaka

  25. APAN says:

    erk…pelik la…
    let me introduce myself…
    aku dilahirkan kat felda chini…
    dlm 10 kilo sampai tasik chini la kot…
    bagi aku jngan la nak percaya sangat mende2 ni…
    nme pun mitos kan…
    lagi 1, tasik chini tasik semulajadi kedua terbesar…
    bukan tasik kedua terbesar…
    beza gak kot…
    peace!!!

  26. Kodet says:

    @APan , thx 4 the info

  27. GadisTerbilang says:

    tasok paling besar ialah tasik bera bukan tasik chini -_-

    ikot lagenda mmg ada naga 2 ekor sbnrnye. name die pon da lupe. tapi taw la mmg ade

  28. Kodet says:

    @GT kan saya tulis tasik kedua terbesar…. cuba tgk…

  29. Warna Warni Kehidupan says:

    hendak ke mana kamu bertiga..jangan sampai bangunkan naga…haila..

  30. sicomot-comel says:

    wah,,nk jugak tgk naga tu,tp law malang menimpa..
    mmg menakutkan lah,..

  31. ohcikgu says:

    wahh..naga macam dalam komik dragon ball ker??

  32. Hazwan Arif says:

    aku yakin bnda ni wujud..nnti nk kiamat diorg buat suprise la kt kita

  33. klANA says:

    assalam.. sy dah ke tasik chini baru ni. kat ctu ada bekas lubang ular tempat ular bsr bertapa. org asli ctu cerita dulu mmg btl ada ular bsr tinggal di tasik chini. rasanya ular bsr tu ada kaitan dgn naga tu.. btw, nice info ttg naga tasik chini..

  34. Din says:

    Ada sape2 tahu tak bendaalah yg menyerupai sesuatu objek hitam terbang dekat matahari?tolog carikan jawapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *