MISTERI PAKEJ MELANCONG? TAN SRI ANNUAR MUSA PECAHKAN TEMBELANG FAM?

Misteri Pakej Melancong? Tan Sri Annuar Musa Pecahkan Tembelang FAM? | Nampaknya badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus ditekan dan diasak oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa telah membongkar isu perbelanjaan tajaan berjumlah RM30 juta oleh FAM dan yang terbaru beliau mendedahkan pula tembelang sebenar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menghantar skuad Harimau Muda A berlatih di Slovakia yang didakwanya untuk memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong secara percuma.

tan-sri-annuar-musa

“Selepas pasukan dihantar berlatih nun jauh ke Slovakia, difahamkan seorang demi seorang pegawai melancong ke sana. Sukan SEA hanya dianjurkan di Asia Tenggara tetapi pasukan berlatih di benua Eropah. Dikhabarkan segala-galanya diatur seorang ejen yang membuat ‘good business’ (perniagaan yang menguntungkan) daripada program ini tetapi bagaimana cara ejen ini dipilih? Tender atau sebut harga? Apakah Exco FAM terbabit dan kenal ejen yang mengaturkan semua ini? Semua pasukan lain berlatih dalam negara sendiri dengan belanja yang terhad. Pegawai dan isteri tak perlu berulang alik ke Eropah atas alasan mahu melihat pasukan berlatih,” kata Tan Sri Annuar Musa menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Seperti diketahui, FAM menghantar skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee menjalani persiapan lima bulan di Eropah mulai pertengahan Mac lalu dengan sasaran mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, hujung tahun ini. Ahli Parlimen Ketereh itu turut menimbulkan persoalan mengenai keputusan FAM menghantar Harimau Malaya berlatih di Australia kerana disifatkannya tidak berbaloi walaupun ia dikatakan menggunakan wang tajaan Telekom Malaysia (TM).


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *