Misteri Segitiga Bermuda Triangle Sudut Padangan Islam

Misteri Segitiga Bermuda Triangle Sudut Padangan Islam – Misteri Segitiga Bermuda yang masih tidak dapat dibongkarkan menjadi tanda tanya kepada beberapa kejadian pesawat dan kapal yang hilang di kawasan Bermuda Triangle ini. Saya akan ulaskan misteri ini dari sudut pandangan Islam.

segitiga bermuda misteri

Pelbagai  peristiwa pelik dan misteri yang berlaku di kawasan SEGITIGA BERMUDA  dimana sering terjadi kapal-kapal hilang baik dikawasan laut mahupun diruang udara secara misteri.Ada yang berpendapat segitiga bermuda itu adalah tempat alien dan ufo.Ada yang menyatakan kawasan itu adalah pusat magnet terbesar didunia.Ada juga yang berpendapat itu pusat bumi dan terdapat lubang hitam (black hole) yang mampu menyedut apapun yang melalui kawasan tersebut. bermacam2 teori dan amdaian dari pelbagai pihak terutama dari Barat mengenai misteri SEGITIGA BERMUDA ini.

Ada hadist yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda :

“Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu”

dikatakan larangan ini kerana kawasan seperti yang disabdakan oleh baginda dalam hadisnya adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan SEGITIGA BERMUDA??? Alasannya kerana bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

Dengan hadis ini maka terungkailah misteri segitiga bermuda.Peristiwa dan kejadian aneh yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan munculnya Dajjal.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidir A.S bertakhta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaikh imam M. Ma’rifatullah Al-arsy berkata kalau penyelamat akhir Zaman iaitu Imam Mahdi akan keluar dari ghaibnya melalui tempat tersebut (segitiga bermuda ) dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan.

Namun persoalan yang menjadi misteri sehingga kini ialah

Apakah penyebab kapal, pesawat, kapal terbang, atau apa jua yang melintasi kawasan misteri ini lenyap tanpa dapat dikesan

Menurut Syaikh Imam M lagi,  iblis dan Syaitan tidak mampu mendekati pusat kawasan SEGITIGA BERMUDA, maka iblis dan syaitan ini pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalang setiap manusia yang mencuba untuk memasuki kawasan SEGITIGA BERMUDA. Kerana sesungguhnya sesiapa yang mampu sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya.Banyak orang zaman dahulu yang telah mencuba kepusat SEGITIGA BERMUDA dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya.

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah mencuba memasuki ke kawasan misteri itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi. wallahualam .

untuk entri seterusnya saya nk share dengan anda, lokasi lokasi sebnar kawasan misteri ini dan beberapa kejadian pelik yang pernah direkodkan dalam catatatan sejarah berlaku dikawasan BERMUDA TRIANGLE 🙂 / Sumber : Redzuan  Ridz

Entri berkaitan : Rekod Kehilangan Pesawat Hilang di Segitiga Bermuda Triangle

 


1 Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *