Nazmi Faiz Ikat Kontrak Bersama PKNS FC Selama 3 Tahun

nazmi-faiz

Dikhabarkan Nazmi Faiz akan pulang ke Malaysia selepas kelab Beira Mar, Portugal melepaskan Nazmi Faiz. PKNS FC mengesahkan mereka telah mengikat kontrak dengan Nazmi Faiz selama tiga tahun dari kelab Portugal, Beira-Mar.

Presiden PKNS, Noor Hisham Gouth turut mengesahkan perkara ini kepada Astro Awani: “Nazmi sudah tandatangan kontrak bersama kami untuk tiga tahun dan dia kini sah milik PKNS.

“Untuk mendapatkan pemain seperti Nazmi adalah sesuatu yang diidamkan mana-mana pasukan di negara ini,” jelas Noor Hisham.

Menurutnya lagi, ejen Nazmi, Marco Guimaraes turut memudahkan urusan perpindahan pemain itu.

“Terdapatnya peraturan di mana pemain amatur dibenarkan untuk disenaraikan sekiranya sesuatu pasukan itu mempunyai pemain yang diambil mewakili negara.

“Dalam konteks PKNS, kami ada pemain yang didaftarkan dalam skuad bawah 21 tahun kebangsaan jadi ada kekosongan buat Nazmi disenaraikan dalam pasukan.”

Nazmi sebelum ini dilepaskan kelab Liga Super Portugal, SC Beira Mar selama enam bulan selepas pemain itu dikatakan mahu pulang ke tanah air.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *