Nazmi sertai Harimau Muda di Eropah

image1Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mendedahkan, Nazmi Faiz akan bersama skuad Malaysia Bawah-23 untuk aksi persahabatan di Eropah tahun ini.

Oleh Aysha Ridzuan

Nazmi Faiz kini beraksi untuk pasukan remaja kelab Portugal S.C Beira Mar sejak mengikat kontrak selama tiga tahun dengan pasukan itu pada tahun lepas.

Menurut Ong Kim Swee, Nazmi masih boleh beraksi untuk skuad Harimau Muda dan penyertaannya sedang dalam perancangan dimana kemungkinan besar dia akan menyertai skuad ketika mereka menjalani latihan di Eropah nanti.

“Nazmi Faiz dalam perancangan kami. Dia akan terlibat dalam sebahagian program kami di Eropah. Kami akan memanggilnya untuk dua atau tiga aksi persahabatan antarabangsa skuad Bawah-23.

“Kemungkinan kami akan memerlukannya untuk berangkat dari Portugal untuk menyertai kami di Austria atau Slovakia. Bergantung kepada jadual kami nanti.” jelas Ong Kim Swee kepada ESPNSTAR.my.

Harimau Muda akan berangkat ke Australia minggu depan dan akan menjalani latihan di Eropah selama lima bulan untuk persiapan Sukan SEA 2013. Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *