ND Lala : Saya akan disoal oleh Allah di akhirat nanti

7bm_ndlalasaya00

ND Lala menegaskan bahawa dia mahu anaknya dan Sharnaaz Ahmad menjaga perkara penting dalam menjalinkan hubungan cinta, iaitu agama dan adat. Sebagai bapa, dia merasakan dirinya sangat bertanggungjawab kepada anak perempuannya itu.

“Saya akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti. Oleh sebab itu daripada awal lagi, saya menegaskan bahawa dua perkara itu perlu dipegang, bukan ‘berang’ seperti yang dilaporkan atau dianggap ramai pihak bila bercakap hubungan Shila-Sharnaaz ini,” ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

“Terus terang saya katakaa saya tidak selesa apabila asyik diminta oleh pihak media untuk mengulas berhubung kisah cinta anak saya kerana bagi saya, masa depan dan karier Shila yang perlu difokuskan kerana banyak peluang yang ada di depannya baik di dalam negara mahu pun di peringkat antarabangsa dalam bidang seni suara ini.”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *