Norshahrul Idlan Talaha Idolaku (Part 1 )

Norhshahrul Idlan Talaha berasal dari Terengganu tetapi bermain di Kelantan dan juga seorang pemain negara di posisi Striker . Apa yang membuatkan aku sebab aksinya ketika berlawan Kedah (Negeri aku ni ^_^ ) . Selama aku tak pernah la tengok pemain lain boleh gelecek melepasi 5 orang pemain Kedah (Naib Johan Piala FA) . Dia juga telah banyak menjaringkan gol untuk Kelantan untuk membawa Kelantan ke Final Piala Malaysia baru – baru ini . Sebagai striker negara juga dia telah menjaringkan 8 gol selaku penjaring terbanyak untuk pasukan negara .

Dia juga telah dianugerah pemain paling bernilai dan pemain terbaik Piala Malaysia oleh FAM . Perlawanan semasa menentang Machester United juga beliau diturunkan untuk mengucar-kacirkan pertahanan MU . Di sukan Asia 2009 dia telah membantu Malaysia mendapatkan pingat emas . Pada sukan Asia Guanzhou 2010 , dia membantu Malaysia menang ke atas Krygstan dengan jaringannya untuk menentukan kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama . Namun dia tidak dapat menunjukkan aksi – aksinya disebabkan pemain-pemain mengalami kecederaan dan terpaksa diganti dengan pemain Harimau Muda A.

Apa – apapun memang aku minat dia ni ! Aku malas nak cerita perlawanan Malaysia vs China sebab dah tak larat nak tulis . Tapi aku sentiasa akan mengikuti perkembangan pemain yang berasal dari Terengganu ni. Aku tak pandang pada rupa tetapi pada bakat . Orang kata pemain Malaysia noob apa pun , tapi aku tetap akan sokong pasukan tempatan sebab kalau kita tak sokong siapa lagi .

Part 2 akan bersambung kemudiannya …… Ikuti post ini ya!


3 Responses

  1. shera haifa says:

    majulah sukan utk negara..eh tetiba lak..

  2. carr says:

    yeah..support our national player
    moga2 dia jadi plyer world class
    mcam2 lain kat europ
    then Mlaysia jadi world class team

    😀

  3. KodetGuide.Blogspot.com says:

    Sukan Asia Guanzhou tak menjadi sebab tiada tonggak utama seperti Badrol untuk menolong bahagian tengah , Azmi Muslim, Zafuan , Sabre Abu sebagai pertahanan . Fakri Shaarani sebagai striker mesti tip top malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *