Ong Kim Swee puji Kenny

926546_33_previewJurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee memuji pemain remaja Perak, Kenny Pallraj yang telah menunjukkan prestasi terbaik sejak disertakan dalam Harimau Muda.

Kenny Pallraj yang pertama kali beraksi dengan Harimau Muda pada Piala Newspaper 2012 telah mendapat kepercayaan Ong Kim Swee dan dipanggil menyertai Harimau Muda sepenuh masa untuk saingan Sukan SEA 2013 hujung tahun ini.

Selain Kenny, Nurridzuan yang juga dari skuad Piala Presiden Perak juga kini bersama Harimau Muda.

Pada perlawanan persahabatan pertama Harimau Muda di Gold Coast, Australia, dimana Harimau Muda telah menang 5-1 ke atas Palm Beach Sharks, Kenny telah menunjukkan persembahan yang baik.

Menurut Ong Kim Swee, dia adalah pemain yang paling menyerlah setakat ini.

“Kenny adalah pemain yang paling mononjol dan paling konsisten sejak dia disertakan dalam skuad Harimau Muda. Dia seorang pemain yang serba boleh dan mudah memahami arahan,” kata Ong Kim Swee kepada ESPNSTAR.my

Tambahnya lagi: “Dia boleh diturunkan sebagai bek kiri, kanan dan juga di tengah dan tetap akan melaksanakan tugasnya dengan baik.”

Pada 30 Januari, Harimau Muda akan beraksi dalam perlawanan kedua di Australia menentang dan Ong Kim Swee menjangkakan akan menurunkan barisan pemain yang beraksi pada babak kedua perlawanan yang lepas.

“Saya akan mencuba pemain baru bagi perlawanan kedua ini. Pada masa yang sama saya akan tetap dengan gaya permainan yang sama dan disiplin yang tinggi seperti aksi babak pertama.

“Ini adalah peluang untuk pemain-pemain ini membuktikan kebolehan mereka dan juga agar jurang yang jauh antara kemampuan barisan utama dan simpanan.” jelasnya lagi.. Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *