Orang Terkaya Di Malaysia 2013

ananda-krishnan

Baru tahu bila baca kat Kosmo, orang terkaya di Malaysia untuk tahun 2013. Siapa? Masih Raja Gula ka?

Nampaknya ranking terbaru, orang paling kaya atau bilionair di Malaysia adalah T. Ananda Krishnan dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion. Wow, banyak tu….

Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.

Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu. –Kosmo

Macam manalah kalau aku kaya macam ni, mesti takda masa di depan laptop berblogging..hehehe..  Tapi betullah, kalau nak kaya, memang kena bisnes, kalau makan gaji, hidup takdalah mewah tapi cukup makan dan sederhana. Apa pendapat korang?


1 Response

  1. nick says:

    “kalau makan gaji, hidup takdalah mewah tapi cukup makan dan sederhana”

    tp tetap ade yg selesa cmni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *