Pasar Yang Menjual Kelengkapan Sihir Voodoo Di Afrika

Pasar Yang Menjual Kelengkapan Sihir Voodoo Di Afrika – Sihir Voodoo merupakan salah satu daripada sihir yang paling ditakuti di dunia kerana kesannya yang teruk kepada pihak lawan.Sihir ini juga dikatakan mampu menghidupkan semula orang yang telah mati.Walaubagaimanapun, bagi memastikan sihir ini berkesan atau mujarab, alat-alat kelengkapannya mestilah dalam keadaan lengkap..Di Afrika, rasanya para bomoh di sana mungkin tiada kesukaran untuk mencari alat pelengkap sihir mereka berikutan wujudnya sebuah pasar di sana yang menjual alat kelengkapan sihir Voodoo.Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh lihat gambar di bawah ini.

Ahli-ahli sihir serta pengamal silap mata dari seluruh Afrika kini berduyun-berduyun singgah ke Akodesevu, iaitu sebuah pasar yang terletak di Togo yang menjual aksesori ritual sihir Voodoo terbesar di dunia.

Di sini, anda boleh menemui segala bahan yang anda perlukan bagi memulihkan jampi, kutukan atau sumpahan, menghidupkan orang mati dan penderitaan yang dasyhat. Pada asalnya, amalan sihir Voodoo ini hanya boleh ditemui di Afrika Barat dan rata-rata penduduk sekitar Togo, Ghana, dan Nigeria masih lagi percaya akan ritual sihir ini.

Kebanyakkan ahli sihir Voodoo percaya bahawa mereka boleh menyembuhkan dan menyelesaikan semua masalah mereka dengan azimat aneh atau cebisan daging haiwan liar yang telah dicincang menjadi kepingan kecil. Selain itu, bagi mereka yang ingin mempertahankan diri dari menjadi mangsa sihir Voodoo juga turut berkunjung ke pasar berkenaan.

Pekedai di pasar ini selalunya akan menawarkan anda untuk membeli kaki monyet yang terputus atau kaki rusa bertujuan untuk mendapatkan nasib yang baik. Kebanyakkan pengunjung lain yang berkunjung ke pasar tersebut mempunyai pelbagai jenis masalah yang ingin diselesaikan.

Kebanyakkan pengunjung yang datang ke pasar ini terdiri daripada pasangan suami isteri yang masih tidak mempunyai anak bagi mengubati penyakit kemandulan, penjaga gol bola sepak yang ingin mencari ketangkasan dan kekuatan untuk tangan mereka dan pelari trek yang ingin mencari ketahanan stamina..dan kesemuanya bergantung harap kepada sedikit kekuatan daripada sihir Voodoo.


Orang Islam adalah dilarang sama sekali meminta bantuan daripada jin dan makhlus halus.- Kodet

Pasar Yang Menjual Kelengkapan Sihir Voodoo Di Afrika – Sihir Voodoo


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *