Peluang Harimau Malaya tipis.. Komen Irfan Bakti

image“BUKAN tidak miliki semangat kenegaraan, tapi saya bersikap realistik menjelang pertemuan skuad kebangsaan berdepan Qatar, malam ini.”

Itu pengakuan jujur pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim mengenai peluang Harimau Malaya di pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

“Kita harus bersikap realistik bahawa tahap permainan pasukan negara masih pada level Asia Tenggara. Agak mustahil untukĀ  mereka beroleh kemenangan pertama nanti.

“Jika seri, ia satu bonus besar buat pemain kebangsaan walaupun kita ketahui memang payah mencatat keputusan itu,” katanya.

Begitu pun, Irfan percaya berbekalkan semangat yang ada pada setiap pemain, dia berkeyakinan Harimau Malaya cuba beraksi sebaik mungkin di Doha.

Irfan juga berharap Amri Yahyah yang juga jentera serangan Merah Kuning mampu menggunakan segala pengalaman yang ada bagi mengelak diaibkan Qatar dengan jumlah jaringan lebih besar.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *