PELUANG WAN ZACK HAIKAL DAN WAN ZAHARULNIZAM KE FC RYUKYU KIAN CERAH

wan-zack-dan-wan-zaharul-nizam-di-fc-ryukyu

Peluang Wan Zack Haikal Dan Wan Zaharul Nizam Ke FC Ryukyu Kian Cerah | Nampaknya kita bakal melihat dua orang lagi pemain muda negara beraksi diluar negara. Mereka adalah dua pemain sayap Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Zakaria yang dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menyertai kelab Jepun, Ryukyu FC.

Keputusan pengambilan Wan Zack dan Wan Zaharulnizam bagaimanapun hanya akan diumumkan 11 Mac 2013 ini, namun Ong Kim Swee yakin dua anak buahnya itu mampu memikat hati wakil Ryukyu FC yang berada di Laos ketika perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan negara itu, Selasa lalu.

“Saya boleh katakan positif, terutama Wan Zack yang beraksi cemerlang ketika membantu mengikat Laos 3-3. Perbincangan lanjut akan dilakukan 11 Mac 2013 ini, dan sekiranya Ryukyu FC berminat mendapatkan khidmat dua pemain itu atau pemain lain, saya berharap mereka bersedia berkelana ke luar negara. Saya tidak mahu tahap profesionalisme pemain muda kita menjadi bahan bualan apabila sebelum ini dua pemain yang dilamar oleh kelab Portugal, pulang lebih awal daripada kontrak sebenar,” kata Kim Swee.

Pemain dimaksudkan Kim Swee ialah pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor yang membuat keputusan kembali ke tanah air selepas hanya tujuh bulan bersama kelab divisyen utama Portugal, Beira Mar, dan Ahmad Fakri Saarani yang hanya empat bulan bersama Atletico SC.


1 Response

  1. March 10, 2013

    ?????????…

    ??????????????????????????????????????????????????……?…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *