Pemain Bola Sepak Ini Selalu Menderma Kepada Masjid, Siapakah Dia?

Memberi sumbangan dan bersedekah merupakan antara amalan yang paling mulia di sisi Allah. Tahukah anda, terdapat seorang pemain bola sepak yang sering menyumbang wangnya untuk institusi masjid.

Jika seseorang itu mempunyai lebihan harta adlaah digalakkan untuk menyumbang kepada orang yang lebih memerlukan. Sumbangan terhadap pembangunan yang melibatkan Islam, adalah sangat dipandang mulia di sisi  Allah SWT. Tahukah kita bahawa terdapat seorang pemain bola sepak yang sering menyumbangkan pendapatannya kepada institusi masjid. Pemain tersebut adalah Kanoute telah dilahirkan pada 2 September 1977,beliau merupakan bekas kapten untuk pasukan negara Mali.

Kejayaan Terbesar didalam karier beliau sudah semestinya memenangi African Footballer of the year pada tahun 2007. Beliau dilahirkan di Perancis, mempunyai ibu berkerakyatan Perancis dan bapa berkerakyatan Mali.Memulakan karier beliau di Lyon,kemudian berhijrah ke Liga Perdana Inggeris bersama West Ham.

Pada tahun 2003 beliau telah berpindah ke Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan sebanyak £3.5 juta pound sterling. Beliau telah menjaringkan 14 gol sepanjang dua musim bersama Tottenham. Pada tahun 2005 beliau telah berpindah ke Sevilla dengan yuran perpindahan sebanyak €6.5 juta . Pada tahun 2012 beliau telah berpindah ke kelab Chinese super league Beijing Guoan.

Beliau telah menganut agama Islam sejak beliau berusia sekitar 22 tahun. Kira-kira pada tahun 2007, Kanoute membayar lebih daripada $700,000 ataupun hampir setahun daripada gajinya untuk membeli, ataupun dengan kata lain menyelamatkan sebuah masjid di Seville yang hampir-hampir ditutup.

Semasa bersama Sevilla beliau telah mencetuskan kontroversi dengan menolak untuk memakai jersi Sevilla yang mempunyai lambang syarikat perjudian 888.com. Sevilla akhirnya akur dan memberi jersi khas untuk Kanoute.

Kanoute juga aktif dalam aktiviti kebajikan. Beliau telah menubuhkan “Kanoute Foundation” bagi membantu kanak-kanak miskin di seluruh dunia. Beliau juga turut menubuhkan Mali children Village bagi membantu kanak-kank di negranya sendiri.

sumber: Melayu Kini


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *