Pemenang Blog Pilihan Kodet

Assalamualaikum .Sebelum ini aku ada buat contest Ingin Menjadi Blog Pilihan Kodet? Jadi VIP di Kodet .
Mula – mula aku ingat tak ramai yang join contest aku ni sebab aku cuma tawarkan hadiah berada di dalam blog list aku dan entri terbaik akan berada di bawah entri aku pada setiap entri selama sebulan . Terdapat 13 blog yang join dan semua blog best – best .

Sebelum aku nak umumkan 3 pemenang blog pilihan aku , aku nak bagitau jangan kecik hati kepada yang join tetapi tak dapat jadi blog pilihan . Aku pun rasa susah nak pilih sebab banyak blog yang best – best masuk . Yang otai pun tak terkecuali juga nak masuk . Aku ingat contest macam ni tak dapat sambutan tapi aku happy gak ar ada gak orang masuk kan ?

3 Pemenang Blog Pilihan Kodet (drumroll pls)
1. 2dayblogger.com
2. ShahrulSite
3. HiMyNameIsAsri

2DayBlogger
Kenapa aku pilih dia sebagai yang utama ? Kerana aku suka blog dia yang mempunyai tips blogging . Selain itu templatenya juga kemas dan tersusun . Walaupun template dia nampak besar tapi load blog tidak lah terlalu lambat . Walaupun dia trafik tinggi tapi dia tak pernah rasa boring untuk melawat blog newbie .

ShahrulSite
Kali ni simple je aku nak tulis . Blog kemas + widget penting je ada . Lepastuh entri berkaitan isu semasa . Itu membuatkan aku terasa nak check older post .

HiMyNameIsAsri
Ini merupakan blog personal tetapi blog dia lebih kurang Hanis Zalikha malah dia lebih hebat . Cuma dia tidak mendapat perhatian ramai dan mungkin dia tidak publisitikan muka untuk popular tapi dengan entrinya . Entrinya sangat best sebab dia tulis menggunakan pengalaman dan isu semasa serta tips blogging turut dimuatkan . Ini merupakan blog yang universal . Ini bagi pendapat aku lah.

Senarai blog yang join

  1. Burungman 
  2. HiMyNameIsAsri 
  3. MunirahHizzan
  4. Simplysagacious 
  5. Cerytera 
  6. SyuwaiStory 
  7. Inspirasiku 
  8. OnlyMeAienaSyakira
  9. Syaizierzan
  10. 2DayBlogger 
  11. ShahrulSite
  12. Maisarah Azmi
  13. Anis Adrina
  14. NurAdilla 
  15. Zubir5588 

Segmen aku masih perlukan ramai lagi blogger . Jum lah join  Segmen : Aku seorang pencipta . Harap korang puas hati dengan entri – entri aku di blog ini . Sekian .


7 Responses

  1. Shahrulsite says:

    Terima kasih banyak2 Mr Kodet…semoga anda dimurahkan rejeki dan dipanjangkan umur… 🙂

  2. Askrie Hishamuddin says:

    Thanks Kodet!!! Appreciate it so much!!!!

  3. Faisal says:

    Terima kasih kodet.xsangka lah boleh menang=)

  4. Abdul Farique says:

    hehe , tahniah2 kepada pemenang !!
    nasib baik la aku menang tanpa bertanding :p

    aik kodet , 66000 Pageviews nampak ? fuyoo 🙂

  5. Firdaus Alim says:

    wah…tahniah kepada pemenang..saye la top commentator kat blog no 3 2 lalala

  6. Shahrulsite says:

    As Salam Mr Kodet…kwn rasa feed link blog kwn tu dah tersilap. Sbb baru2 dah ditukar dari blog.shahrulsite.net ke http://www.shahrulsite.net. Kwn nmpk yg keluar tu MP3, Apps and more…

    Jadi link Shahrulsite Blog yang baru adalah http://www.shahrulsite.net/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *