Pemohonan Latihan Separa Perubatan sessi Julai 2011 di bawah SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan 13 latihan separa perubatan bertaraf Diploma dan Sijil kepada orang ramai bagi sesi pengambilan Julai 2011. 

Dalam satu kenyataan semalam, Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata SPA menyediakan 1,688 kekosongan bagi diisi calon yang layak berusia antara 17 hingga 25 tahun atau pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat perlu berusia tidak melebihi 51 tahun.

“Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang diumumkan Selasa lalu.

“Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan tiga tahun, manakala dua tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian,” katanya. 

Lamien berkata, selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Mereka yang berminat boleh melayari portal SPA di www.spa.gov.my. Tarikh tutup permohonan pada 1 April ini. 
 
 
 

Sumber : MummyNemo

Pemohonan Latihan Separa Perubatan sessi Julai 2011 , Permohonan di bawah SPA separa perubatan , permohonan latihan perubatan sesi Julai 2011 , Permohonan latihan perubatan julai 2011 .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *