Pendaftaran online SPM dan SPMU bagi calon persendirian 2012. Pendaftaran calon persendirian untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2012 dibuka mulai 1 Mac 2012
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh akhir pendaftaran ialah 31 Mac.
Pendaftaran boleh dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat.
Borang pendaftaran dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman webnya di http://www.moe.gov.my/lp.