Pendaratan Manusia Di Bulan Satu Pembohongan Nasa?

apollo 1

Dakwaan penipuan pendaratan angkasawan NASA di bulan mungkin timbul setelah tayangan filem James Bond – Diamond Are Forever pada 1971 yang memaparkan satu adegan di mana James Bond (Sean Connery) menceroboh set pengambaran pendaratan angkasawan USA di bulan (milik kerajaan USA) di satu lokasi rahsia mirip Area 51. Ia mungkin menjadi titik tolak kepada kemusykilan terhadap projek NASA itu. Namun seperti yang dinyatakan di atas, beberapa kenyataan yang dikeluarkan daripada individu-individu berkaitan seperti menguatkan lagi teori penipuan ini. Berikut adalah gambar (bawah) petikan daripada filem James Bond.

Dakwaan penipuan pendaratan angkasawan NASA di bulan mungkin timbul setelah tayangan filem James Bond – Diamond Are Forever pada 1971 yang memaparkan satu adegan di mana James Bond (Sean Connery) menceroboh set pengambaran pendaratan angkasawan USA di bulan (milik kerajaan USA) di satu lokasi rahsia mirip Area 51. Ia mungkin menjadi titik tolak kepada kemusykilan terhadap projek NASA itu. Namun seperti yang dinyatakan di atas, beberapa kenyataan yang dikeluarkan daripada individu-individu berkaitan seperti menguatkan lagi teori penipuan ini. Berikut adalah gambar (bawah) petikan daripada filem James Bond.

PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAP NASA 

1. Mengapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tiada oksigen mahupun udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar. Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi ia tidak pula dilengkapi dengan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran. Jika hanya diletakkan batang paip, maka bendera itu sepatutnya hanya tegak diam, bukan berkibar seperti ditiup angin.

2. Tiada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.

3. Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat. Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan details?

4. Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan segala pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah disunting dengan teknik slow motion.

5. Batu-batu yang dibawa pulang adalah sama dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika. Ada kemungkinan juga batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.

6. Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.

7. Seolah-seolah mengggunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.

8. Suasana angkasa ketika di permukaan bulan (seperti dakwaan NASA) adalah hitam gelap pekat. Tetapi mengapa tidak kelihatan langsung bintang? Sedangkan atmosferanya bukan seperti bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru. Tetapi alasan aperture kamera dan tetapan-tetapannya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.

9. Pencipta kamera untuk misi ke bulan itu, Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan NASA. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.

Sumber


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *