Pengawal Keselamatan Dijatuhkan Hukuman sampai mati

Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah membunuh dengan niat pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib dengan menembak muka mangsa sehingga mendatangkan kematian.

ardi

#BERITA PENUH

PETALING JAYA: Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib.

Laode yang dibawa masuk pada jam 10.45 pagi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B Elena Hong Tze Lam.

Bagi pertuduhan pertama, Laode didakwa membunuh Norazita di Bangunan AmBank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang, pada 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Laode didakwa melakukan kesalahan merompak dengan menggunakan senjata ‘pump gun’ dengan niat menyebabkan kematian Norazita, di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *