Pengguna Rokok Elektronik Terdedah Penyakit Kronik

547754_476604365738499_1727361310_n

Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet.

“Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik,” katanya.— BERNAMA


2 Responses

  1. zahier says:

    kerajaan,.. nak putar belit kan pemikiran rakyat… jgn jual terus rokok tu senang… klu rokok tembakau ader 4000 bahan kimia bagus ker dari roko e lektronik klu setakat ader 2-3 jer? bebal…. ko takut tak ader untung kan kerajaan sbb cukai rokok kurang…sbb tu ramai owg kerajaan kaya2 makan duit haram.,..

  2. limau999 says:

    Semua rakyat dah tahu pasal kerajaan Malaysia,cuba memutar belit rakyat demi cabaran cukai yg semakin merosot.Ingat wahai pemimpin gaji kamu semua dibayar dengan duit rakyat malaysia,duit rakyat malaysia terdiri daripada duit anak-anak yatim,duit kesusahan rakyat memecah peluh,bekerja siang dan malam.jgn semata-mata memikirkan ekonomi strategi negara kamu semua musnahkan golongan-golongan yang berusaha berhenti rokok.Perkara ini Fakta,Negara luar menggunakan rokok elektronik berjaya berhenti rokok dan kandungan serta risiko rokok tembakau lebih merbahaya berkali ganda dari rokok elektronik.ini semua kajian meliputi boleh didapati disemua rangkaian internet.dan saya xsangsi bahawa kerajaan akan keluarkan akta lagi demi rokok ini dan menutup semua lubang2 pengguna untuk mendapatkan kesahihan bahawa rokok elektronik tidak merbahaya.mereka lupa yang penghisap rokok lebih ramai dan boleh menggagalkan strategi diaorang untuk menang dalam pilihan raya nanti.fikirkan ini pendapat,semua boleh buat kajian sendiri melalui FDA dan pelbagai website .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *