Penjaga Gol Diberikan Kad Kuning Kerana Menyelamatkan Kucing

Ia terjadi semasa perlawanan Division I Crotia di antara kelab Sibenik dan Medjimurje Cakovec. Kisah ini menjadi liputan luas di media-media Crotia.

Ivan Banovic merasa terkejut semasa pertandingan memasuki minit ke-20 kerana tiba-tiba ada seekor kucing berjalan ke arah tiang gol yang dikawalnya. Banovic (25) mengangkat haiwan tersebut dengan penuh kasih sayang dan kemudianmeletaknya di tempat selamat berdekatan papan skor.

Namun, pengadil menganggap tindakan Banovic tidak sepatutnya dan segera mengeluarkan kad kuning buat pemain itu dengan alasan, meninggalkan padang tanpa izin.

Tindakan pengadil itu menjadi kemarahan penonton, mereka mengejek pengadil tu.Penonton menuduh pengadil itu tidak mempunyai perasaan kemanusian.

sumber: gempak.org


1 Response

  1. Lyric says:

    agak2 la tolong kucing je kot tu pun nak jadi kes..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *