Perak sedia bertemu Red Giants

917761_33_previewJurulatih Perak, Azraai Khor percaya kemenangan ke atas Negeri Sembilan memberi semangat kepada pasukan untuk bertemu Selangor hari ini..

Hasil jaringan tunggal Failee pada masa penamat telah memberikan tiga mata kepada skuad Seladang di Stadium Paroi. Sementara Selangor juga berjaya menewaskan Pahang 3-2.

“Liga tahun ini lebih terbuka dan sama rata. Kebanyakan pasukan dekat antara sama lain. Tiada pasukan pilihan yang jelas setakat ini,” kata Azraai Khor kepada Sports247.my.

“Bagi kami, semua perlawanan adalah perlawanan ‘away’ dan perjalanan jauh untuk perlawanan, ‘membunuh’ kami. Perlawanan di laman sendiri diadakan di Lumut yang jaraknya selama dua jam perjalanan dari Ipoh. Kami tiba di Ipoh pada jam 5 pagi selepas perlawanan dengan Negeri.

“Esok kami akan ke Lumut. Kita tidak ada masa untuk memeriksa pemain yang cedera. Inilah yang kami lalui. Apa yang saya boleh lakukan adalah berdoa dan berharap terdapat cukup pemain untuk saya pilih dalam pasukan.”

Pemain import Perak, Karim Raouni masih cedera dan akan pulih dalam masa dua minggu lagi untuk pulih. Ini bermakna Azraai terpaksa menurunkan pasukan tanpanya bagi perlawanan dengan Selangor.  Sumber ESPN


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *