Peramal Kiamat Terdahulu Yang Ternyata Silap

Kita sering digembar gembur dengan ramalan kiamat.
Sehingga kini ramai yang cuba membuat ramalan. Ternyata mereka SILAP!

MARTIN LUTHER
Pada 1500, mengistiharkan dunia akan digulingkan 300 tahun lagi.

CHRISTOPHER COLUMBUS
Membuat ramalan kiamat pada 1656.

EDGAR C WHISENANT
Saintis dan jurutera NASA meramal kiamat berlaku antara 11 hingga 13 september 1988.

HAROLD CAMPING
Seorang bekas personaliti radio california meramalkan 21 oktober 2011 kiamat akan berlaku.

NOSTRADAMUS
Menurut ramalannya, kiamat berlaku pada 1999.

Terbukti ramalan mereka semuanya palsu.Sebagai umat islam.kita tak harus percaya dengan ramalan2 sebegini..teruskan berpegang pada al quran..lihatlah ayat suci al quran..ada disebut mengenai kiamat..percaya pada Qada dan Qadar yang ditetapkan oleh Allah swt.. selagi tanda-tanda besar belum habis, selagi itu belum kiamat..

Ingatlah kepada satu peringatan daripada Rasulullah saw:

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a, Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat al-Bukhari)

Sumber : kapurhijau.blogspot.com


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *