Perbezaan Erti Konsep Muhrim Dan Mahram

 

Perbezaan Erti Konsep Muhrim Dan Mahram. Jika kita menaip ‘lelaki muhrim’ kat google, kita jumpa berpuluh-puluh entri laman web dan blog yang telah melakukan kesalahan dari segi penggunaan mahram dan muhrim pada situasinya yang sepatutnya.Antara ayat yang boleh kita dapati dan jumpa ialah ;

  • Hukum sms antara lelaki & wanita bukan muhrim.
  • salam… utk semua pmbaca,sya ada satu pertanyaan.. betul ke kite xbleh memandang lelaki yg bkan muhrim kite..? klau betul,kenapa??
  • Lelaki Dan Wanita Bukan Muhrim Di Alam Siber
  • FIRST TIME U KISS A GIRL ( bukan muhrim)

Malah jika perhatikan didalam Wikipedia,konsep muhrim dan mahram telah disamakan maksudnya. Siapakah yang telah bertanggungjawab menggatalkan tangan untuk menyamakan konsep mahram dan muhrim?.Wikipedia adalah bukan milik orang islam tetapi ia boleh di edit oleh sesiapa sahaja (betul ke sesiapa sahaja boleh mengedit maksud dan sebarang fakta didalamnya?)..

Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:????), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. (Wikipedia)

Kadang kala, dek kerana kita mahukan sesuatu informasi terlalu cepat dan mudah,kita telah ditipu bulat-bulat dan dipesongkan. Aku pun selalu menggunakan Wikipedia didalam mencari maksud sesuatu perkataan yang tidak terdapat didalam kamus.Rupa-rupanya,kita tidak seharusnya percaya akan Wikipedia seratus peratus.Seharusnya kewujudan persamaan konsep mahram dan muhrim yang telah diwujudkan di Wikipedia seharusnya diambil serius. Sebaik-baiknya, bermula daripada sekarang, pakat-pakat kurangkan mencari maksud perkataan yang melibatkan islam didalam Wikipedia bagi mengelakkan kekeliruan didalam hati.Seboleh-bolehnya,perkara yang berkaitan dengan bab-bab islam,sila rujuk kepada yang pakar seperti ustaz atau ustazah.Mereka yang lebih arif.

Mengapakah Konsep Mahram dan Muhrim Tidak Boleh Disamakan?

Apa itu Muhrim ?

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Apa Itu Mahram ?

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Rupa-rupanya konsep mahram dan muhrim terlalu jauh dan ketara perbezaannya.Jika sudah tahu akan kebenaran dan perbezaan kedua-duanya, seharusnya kita terus menukar di dalam minda dan menterjemahkan didalam setiap ucapan kita apabila ingin menggunakan perkataan mahram dan muhrim.Entri ini sekadar mencuit hati-hati kita yang kadang-kadang tidak tersedar akan kesilapan dalam menentukan konsep mahram atau muhrim yang seharusnya digunakan didalam situasi tertentu.

Sumber : http://airneslobeng.com/perbezaan-erti-konsep-muhrim-dan-mahram-adakah-kita-faham/

 

Carian Google


1 Response

  1. Puan Shilot says:

    Assalamualaikum.. sheila pun ada buat satu entri berkenaan perbezaan Muhrim dan Mahram. memang Wikipedia takleh dipercayai bulat2 even sheila suka guna pencarian maksud guna Wikipedia tu. Alhamdullilah, sekarang dah fahami maksud sebenar antara Muhrim Dan Mahram :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

\