Perempuan yang tak tutup aurat jarang nak solat ?

Assalamualaikum . Kali ni aku saja interview blogger – blogger yang aku rasa terpilih untuk memberi pandangan diorang adakah perempuan yang freehair jarang nak solat?
Pandangan dari seorang blogger yang selalu menulis tentang entri – entri yang berkaitan agama . Pandangan IniWootWoot .

Pendapat aku , perempuan yang freehair kawasan KL ngan Sarawak nih , memang malas solat . Solat wajib bagi semua tak kira dia penyamun or whatever . Walaupun soal dia dengan tuhan , tapi kalau nak ikotkan kalau solat diterima pasti dia akan rasa takut untuk buat dosa (freehair) . Memang ramai yang cakap kalau freehair camtu baik tak yah solat , tapi yang wajib tetap wajib .

 Jadi aku pun sependapat dengan Iniwootwoot sebab jika mereka solat pasti mereka takut akan dosa mendedahkan aurat serta tahu betapa pentingnya aurat . Mana boleh kata ” saya masih tak sedia ” … Aurat tu wajib . Tapi ada setengah yang suka pakai tudung tapi baju yang tak berlengan panjang .

Antara bahagian-bahagian aurat pada wanita, yang mana satu perlu ditutup (dijaga) dan mana satu bukan dikategorikan sebagai aurat. Sebagai contoh, dari hukum yang biasa didengar dan menjadi pegangan, seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali pada bahagian muka dan tapak tangan (yang biasa digunapakai di Malaysia – Mazhab Syafi’e)

Jadi kenapa masih ada yang pakai tudung tapi tak tutup aurat sepenuhnya ? Adakah kerana trend ? Malu sebab nanti orang memandang negatif ? Kerana ibu bapa memaksa ?
Jadi apa pendapat anda ? Adakah perempuan yang tak tutup aurat ni jarang nak solat ?

12 Responses

  1. IftiMonstaa says:

    I must say.. dah pakai tudung tp masih tak tutup aurat dengan sempurna. perihal solat tu pulak kalau ckp cukup sepenuhnya mmg tipulah kan..

  2. Shahiran says:

    Tak semestinya. Saya ada kawan kat Uni dulu dua tiga orang yang bertudung tapi bila keluar jalan2 g town, kalau saya tak stop pergi masjid memang diorang tak solatlah jawabnya. Tapi ada gak jumpa perempuan kat mall, freehair cun gak keluar dari surau jalan selamba je sorang2 lepas solat maghrib (maghrib kan kejap je, kalo dia pemalas solat xdenye dia g surau).

  3. Pereman says:

    I appreciate your comment on 'Wanita yang bertudung pakai seluar ketat' tapi sembahyang tak pernah tinggal..

    I am not a good, devout muslim but your explaination to terlalu generic . I have few girl friends who never miss solat, and i have girl friends with hijab never miss solat ..

    soalt is wajib, so is wearing tudung, am i rite? TAPI solat macam mane yang kita katakan..kenape masih ade yang masih pakai baju ketat2, lelaki pakai seluar pendek ke shoping mall tetapi masih solat.

    IMO, solat per se doesnt change anything pada orang yang buat, tapi orang yang tunaikan solat tu sendiri…macam mane?

  4. Ceria Selalu says:

    Wah cantik blog…..terbaik terbaik

  5. EmanTheHalia says:

    name pun akhir zaman. tak lut kita nak nasihat. doakan bersama peace.

  6. dillaazman says:

    rasenye xsmestinya. I have a fwen yg free hair. tapi dy always solat 5 waktu, and after solat dia akan bace al-quran. Actually rajin atau x tok solat tu pucuk pangkalnye kat individu tu sinri.kalau diri dah pemalas, pakai atau x tudung, tua muda, dosa fikir sinri lah jawabnya.

  7. Nzyrahun says:

    hmmm no komen ehehe
    bagi aku lah,xpatut kot ckp mcm 2 🙂

  8. Wan says:

    suka perempuan tutup aurat

  9. THE LEKAT LEKIT STORY says:

    tak jugak.. ada yg bertudung tp tak tau solat pun ada. Kalau tak tau solat, logik ke dia bersolat. Kalau baru belajar bersolat tu lain pula ceritanya. Imej sekarang tak blh dah di jadikan penilaian.. yg bertudung pun still buat maksiat.. sebab tudung sekarang di pakai sebab fesyen oleh kebanyakkan orang bukan sebab aurat lagi.

  10. Izamir Ridzwan says:

    aku tak berani lah nk ckp ape2 sb benda ni hanya allah saja yang tau…

    • Telus says:

      Aku setuju, sbb apa2 pun…kita tk blh nilai orang dari luaran. kadang2 bila kita tgk orang tu tak elok..sebenarnya orang tu lebih baik dari kita. Mesti ada muhasabah diri..

      • korib says:

        Ya..Apa pun, kalu boleh dan memang diwajibkan sedaya upaya jangan campuradukkan yg haram dan ibadat..solat wajib, tutup aurat juga wajib..jadi buatlah dengan ikhlas..kerana Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *