Perhiasan Rumah Yang Dilarang Islam

Rumah memang penting untuk kita semua, bayangkan jika kita tidak mempunyai rumah, dah tentu banyak perkara yang sukar dilakukan terutama untuk berehat dan sebagainya..Oleh itu, kita hendaklah bersyukur mempunyai rumah dan hendaklah menjaga rumah itu agar ‘bersih’ tanpa mewujudkan barang-barang yang boleh membawa kemusyrikan kepada kita..

Dlm hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda: “Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati”

Manakala dalam surah an-Nahl (80), Allah SWT. berfirman :”Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanya.

Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya..

Cacatkan anggota patung

-Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut dan yang sewaktu dengannya.

Ini berdasarkan sebuah hadis yg menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi sepertt sepohon pokok (Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagungkan. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.

Tidak Bernyawa
– Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci Al-Quran, pokok, gambar pemandangan/benda yang tidak bernyawa.

Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar artis yang memperagakan auratnya unttk tatapan umum, gambar orang kafir (org bkn Islam) yang melakukan musyrik terhdp Allah SWT. Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.

Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga, haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.

Seksaan Hari Kiamat
– Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya yang akan di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, org yg mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya org yang paling berat berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran / memahat patung ini. Dalam 1 riwayat diterangkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu…

Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu sahaja merupakan 1 seksaan & peghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh. Wallahu a’lam

Dipetik dari nursyazwaneputri

P/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada sehabat – sahabat yang lain.. Semoga kita memperoleh keberkatan dari Allah SWT


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *