Permohonan Rumah PR1MA 2014

Permohonan Rumah PR1MA 2014

Permohonan Rumah PR1MA 2014 – Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang menepati kriteria dapat memohon rumah Pr1MA yang disediakan oleh kerajaan.

Pendaftaran untuk memohon rumah PR1MA boleh dimohon melalui online. Tiada yuran pendaftaran dikenakan.

Selain itu, PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA malah PR1MA tiada meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran

Syarat untuk memohon rumah PR1MA

1- Warganegara Malaysia
2- Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas
3- Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM10,000
4- Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
5- Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA

Cara untuk memohon PR1MA – Klik Sini

Daftar akaun PR1MA – Klik Sini

Portal Rasmi PR1MA – Klik Sini

Senarai Dokumen Diperlukan untuk memohon PR1MA – Klik sini


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *