PSY Gangnam Style Kenakan Bayaran RM2 Juta Untuk Persembahan Di Malaysia

Macam nak tersembul bijik mata bila harga yang diletakkan oleh pihak pengurusan rapper Korea, PSY jika mahu dia mempersembahkan lagu Oppa Gangnam Style di Malaysia dengan harga yang sangat mahal.

Bayangkanlah untuk sebuah lagu itu saja dia minta harga USD750,000. Kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, nilainya adalah RM2,295,000. Ya, ampun…

Tak sangka ya, nak suruh si PSY menyanyi sambil mempersembahkan tarian Oppa Gangnam Style pun nak kena bayar sampai lebih RM2 juta. 

Mentang-mentanglah, Oppa Gangnam Style itu tengah jadik fenomena, harga yang dikenakan pun bukan main lagi cekik darah. Bayar Justin Bieber pun tak banyak tu…

Yang syoknya tu, bayaran sebanyak RM2,295,000 dikenakan hanya untuk sebuah lagu saja iaitu Oppa Gangnam Style. Kalau nak murah sikit, boleh. Tapi, PSY hanya muncul lambai-lambai dengan peminat sambil menyanyi lagu Oppa Gangnam Style tapi tak menari dan harga yang dikenakan lebih kurang RM1,989,000.

Haaaa…Kelas tak Psy.

Sebenarnya Murai Batu dapat tahu cerita ni daripada seorang rakan sebab dia dengan seorang lagi rakannya itu berhasrat untuk bawa masuk Psy ke Malaysia sempena projek Hari Belia.

Kononnya untuk projek Hari Belia itu nant, dia dengan rakannya mahu sangatlah si Psy ni perform Oppa Gangnam Style versi Malaysia.

Tapi, bila dapat tahu saja betapa mahalnya bayaran yang dikenakan pihak pengurusan Psy hanya untuk mendapatkan dia menyanyi serta menarikan lagu Oppa Gangnam Style itu, dia dengan rakannya terus senyap dan terkedu.

Sebab tahu, susah nak bawa masuk PSY dengan harga itu, kecuali kalau dapat cari penaja yang sanggup taja Psy ke sini. Tapi ada ker? Nampak gayanya, rakan Murai Batu itu tak mahu putus asa. Dia tetap nak cuba. Semoga berjaya…

P/S : Senang buat duit =)

Sumber : Murai.com


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *