Rahsia dan Sejarah Lagu Ulek Mayang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya selalu membaca cerita – cerita di forum tentang lagu Ulek Mayang yang berasal dari Terengganu. Menurut cerita, selalunya orang yang mempersembahkan tarian Ulek Mayang di majlis selalu akan mengalami histeria atau diggangu syaitan laknatullah. Saya akui apabila saya mendengar lagu dan rentaknya, automatik saya akan terbuai masuk ke dalam lagu tersebut.

Di televisyen, banyak cerita hantu akan memutarkan lagu Ulek Mayang ni sebagai simbolik. Jika ada cerita yang memutarkan lagu ini, saya akan mengubah channel atau muted kerana tidak mahu ada peristiwa yang tidak diingini berlaku. Contohnya filem Mael Lambong terdapat scene di mana awek kepada Zizan merupakan penari ulek mayang ini di tepi pantai sambil disaksikan beratus-ratus penduduk kampung.

Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.

Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.

Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.

Sejarah Ulek Mayang

Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.

Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.

Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.

Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7.

“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”

Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.

Lagu Ulek Mayang

Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Terdapat beberapa versi lagu Ulek Mayang yang dinyanyikan, tapi ini adalah yang original punya.


8 Responses

  1. Fadzmie says:

    Tanpa tahu asal-usul lagu ni pun, memang rasa seram sejuk bila dengar lagu ni. Lagi-lagi kalau dipasang di tepi pantai. Memang meremang bulu roma dibuatnya.

  2. daddydee says:

    rajin tuan menyelongkar sejarah….usaha yang patut dipuji

  3. titan says:

    tu dia sejarahnya..

  4. Ana says:

    Adohh… ape lah sume org nih takot sngt… saye nak citer nih… Dari pagi tadi sampai mlm saye dengar lgu nih jer… pastu tgk video tarian die… kemudian… tibe satu mase nyer… saye tidur di dlm bilik…. pastu terasa seperti dicengkam di tangan… kemudian bile nak tarik nafas tu.. terasa seperti ade sajee bende duduk di atas perut…. kemudian… terase seperti ade rambut yg lembut berade di leher saye… kemudian rambut sy pulak seperti diusap…. tp sy tidur di bilik sy… bkn bilik mak sy… sy pon x manja… kemudian pukol 3 mcm tu… sy rase…. (x bole bagitau) tp nape sume laki takot bile dengar citer nih… n… sy first time dengar lagu n tgk tarian die… huh! best sangt! sampai x terkate…. sy rase seperti mcm da hd adk beradk salaj seorg… sy mcm da masok alam tu… kemudiannyer…. sy mimpi…. ade seorg gadis cantik…. yg memanggil sy…. tp sy terkejut …. dan terus bangun… berkali2 bende tu berlaku… tp sy masih x takot…. sy rase lagi gembira…

    Bende Sy hantar Nih Jujur Dari Sy…. (Ana) {sy x tipu}

  5. SGF says:

    “Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya…”
    “Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya…”
    “Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…”
    “Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…”
    “Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…”
    “Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…”
    “Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *