Rahsia Sebenar Kenapa Lelaki Bangla Jalan Pegang Tangan

Untuk pengetahuan, Saiful Nang adalah antara photographer terbaik di Malaysia dan sekarang ini berada di tanah suci Mekah. Kisahnya bermula apabila beliau melihat dua orang lelaki bangla berjalan sambil berpegangan tangan.

Biasa kita lihat bangla lelaki dengan lelaki jalan berpegangan tangan kan? Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?

pegang-tangan
Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.

“Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay”.

Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu “Gay” bermaksud “Sangat Gembira” hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.

SAIFUL NANG

Madinah Al-Munawwarah

p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.

p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana?


1 Response

  1. Muhammad Lutfi says:

    Alhamdulillah admin dapat sebarkan benda begini. Sebenarnya sewaktu saya belajar di kolej, kebanyakan rakan saya adalah dari oelbagai negara dan bangsa. Seringkali saya melihat keadaan begitu tidak kira bangla, acheh dan beberapa yang lain. Soalan yang sama seperti admin pernah diajukan oleh saya kerana inginkan kepastian dan jawapan yang sama juga saya terima. Beginilah oersepsi kita, sering dicemari dari kecil. Begitulah kata Dr Fadhilah Khamsah, hari ini ibu dan bapa mengajar anak mereka sepertimana mereka diajar sekalipun ianya adalah langkah yg salah. Berhati hatilah ketika melangkah, kerana kita tidak tahu sama ada batu atau tahi kucing yang akan dipijak. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *